Surat lawak dari bapak kepada BF anaknya


18 Mac 2013
3:33 PM

Assalamualaikum :D

Aku jumpa ni dalam Facebook, gelak sakan aku sensorang kahkah berdekahkah.

Sekadar wa nak b'kongsi je. Layan ~


SURAT KEPADA BOYFRIEND ANAK AKU

Kepada BF anak aku,

Peraturan 1:

Jangan ko pegang2 anak aku depan atau belakang aku. Ko boleh pandang dia, selagi mata ko tak merayau lebih dari paras leher anak aku. 

Kalo ko takleh jaga tangan ko dari dok pegang2 anak aku, aku boleh tolong cabut dan jaga tangan ko kat umah.


Peraturan 2:

Aku tau skang nih fesyen budak2 pakai seluar londeh sampai nampak boxer atau spender ko. Aku ni open-minded, so aku takkan suruh ko pakai seluar tu elok2 cam manusia normal. 

Tapi, bagi memastikan yang seluar ko takkan terbukak semasa berdating ngan anak aku, aku akan tolong stapler gun kan seluar ko kat pinggang.






Peraturan 3:

Aku rasa ko ni hensem, popular, banyak peluang nak dating ngan aweks2 lain yang lagi kiut-miut. Aku takde hal ngan kelebihan ko tu. Selagi anak aku pon ok dengan kepopularan ko. 

Tapi, sekali ko dah couple ngan anak aku, ko jangan pandai2 cari pompuan lain sampai la anak aku dah bosan ngan ko atau dia break-off ngan ko. Kalo ko wat anak aku nangis, aku pulak akan wat ko nangis.



Peraturan 4:

Sementara ko menunggu anak aku bersiap, jangan dok mengeluh kalo dia bersiap lama sangat. Kalo ko nak orang yang punctual, ko leh dating ngan mat askar. 

Kalo ko bosan menunggu kat luar tu, tolong le wat ape yang patut, cam basuh keta aku atau cat pagar umah aku ni.






Peraturan 5:

Tempat2 berikut adalah dilarang sama sekali korang pergi dating; tempat yang ada katil, sofa, rumput atau apa2 tempat yang leh duduk2 atau baring2.

Tempat2 yang gelap. Tempat2 yang panas sampai membuatkan anak aku terpaksa pakai tshirt takde lengan.

Tempat yang sejuk sampai ko kena panaskan badan anak aku. 

Movie yang romantic, berunsurkan cium2 tu elakkan. Movie pasal seksa kubur atau hari kiamat dibolehkan.





Peraturan 6:

Jangan sekali-kali menipu aku. Aku ada satu senapang patah, satu cangkul dan lima ekar tanah yang penuh hutan kat belakang umah aku ni.

Selalunya aku dok menembak khinzir kat situ. Kalo aku tembak kepala ko kat belakang tu, takde sapa yang nak tanye. Jangan main2 ngan aku.


Peraturan 7:

Nanti dah abih dating, sampai kat pintu pagar, bukak pintu kereta dan angkat dua2 tangan ko tinggi2. Cakap dengan jelas “saya datang antar anak pakcik”. Pastu terus blah. 

Tak payah masuk minum teh. Kilauan matahari yang ko nampak kat tingkap umah aku ni ialah teropong senapang sniper aku.

Sekian, Yg ditakuti,

Bapak Kepada GF ko.

Kepada BF anak aku.


# 2 hari lagi result SPM weh !


Mekaseh kau dah baca hoho. Taknak komen, kau like je. Kalau komen biar bertauliah bro.

Sentap

Kisah Pertama :
Sepasang suami isteri telah berselisih faham dan tidak bertegur sapa. 
Pada suatu malam si suami telah menulis satu nota.

  " KEJUTKAN SAYA PUKUL 6.30 PAGI "
 ..dan meletakkan nota itu di sisi isterinya yang sedang tidur. 
Keesokan harinya si suami terjaga dari tidur dan mendapati jam di dinding telah menunjukkan pukul 8.00 pagi. 
Didapati di sisinya terdapat satu nota bertulis :

" BANG, BANGUN BANG. DAH PUKUL 6.30 PAGI NI "
Cisss.
Nota cakar ayam : Kut ye pun nak bergaduh, pandai la sikit. Haha hape kelass! 
Bila-bila balas pesan guna pesbud or twitter pulak ye. Haha

 
Kisah Kedua :
Kisah Seorang Anak Dan Bapa

Anak : Ayah, hantu tu wujud ke ?

Ayah : Tak. Hantu mana ada wujud. Ngarut je. 
Anak : Tapi orang gaji kita cakap hantu tu wujud. Macam mana tu ayah?

Ayah : Hah, ye ke? Anakku, baik kamu kemas semua barang kamu cepat !

Anak : Eh, nape plak ayah?

Ayah : Kita mana ade orang gaji !!

Anak : O.o

Nota cakar ayam : Aku rasa bapak dia dah mati. So, budak tu cakap ngan sape? 
Hahaha. Eh jap. Aku rasa budak tu tak lahir lagi la. So? xD
 
Sumber : Pesbud. Edit kasi poyo bak kata Jozan #IniSemuaPoyo :P

Post ni ter'masuk dalam draft dan aku baru jumpa. Fulamakk. No wonder kalau ada komen yang tahun lepas punya ! #Republish
Taknak komen, kau like kat bawah ni pun aku dah berterima kasih :p

Mekaseh kau dah baca hoho. Taknak komen, kau like je. Kalau komen biar bertauliah bro.

Jawapan terbaik gila kalau kena ngorat



Assalamualaikum.

Pergh gila rindu. Aku sekarang dah bebas hakhak. - Ex SPM bercakap :P

Okay now korang semua, aku nak kongsi menda ni. Di edit daripada pesbud.

Kat dunia ni mesti wujud mamat or minah gatal yang sememangnya nak suruh aku tolong garukan pakai garfu, pisau lipat, kapak and lelain. Ni contoh jawapan terbaik punya okay :P


* * *

Soalan 1 : Hai,apa khabar?


Jawapan 1 : Sihat jew. Hehe awak pulak cane?

Jawapan 2 : Aku ada kanser pangkal rahim. Boleh kau bayarkan kos rawatan tu tak?

Jawapan 3 : Khabar pun tak tau? Kau kena bukak Kamus Dewan Edisi ke-5 ni.

Jawapan 4 : Alhamdulillah. Allah masih lagi memberikan kesihatan fizikal dan rohani saya untuk menentukan mana yang baik dan mana yang buruk. Saya masih lagi mengenal lelaki yang baik dan lelaki yang buruk. Dan saya dapat hidu teknik awak yang lemah untuk mengorat saya ni.







Soalan 2 : Awak,saya nak gambar awak boleh?


Jawapan 1: Hehehe... Nak gambar tu buat apa?

Jawapan 2: Tak boleh. Nanti kau edit gambar aku jadi gambar bogel.

Jawapan 3: Kau nak buatkan pasport untuk aku ya?

Jawapan 4: Astaghfirullah. Lelaki tidak boleh ada gambar perempuan untok simpanan peribadinya selagi ia bukan hak milik sah melalui nikah. Kalau nak sangat gambar saya, datang ke rumah,jumpa dengan mak ayah saya,pinanglah saya. Nanti mereka akan bagi gambar.


* * *


Amacam? Dah pilih jawapan yang terbaik? Haha ingin aku ingatkan ye, jangan mudah menyerah kepada lelaki. Perempuan tu MAHAL ~


Peace yo (Y)



Mekaseh kau dah baca hoho. Taknak komen, kau like je. Kalau komen biar bertauliah bro.