3 kisah sengal

Entry sengal.


Yang ni memang kisah-kisah sengal yang berlaku. Kau tak percaya? Baik kau baca.


Kisah pertama :


Boss : Budin, kamu dipecat sekarang !


Budin : Tapi boss, saya tak buat apa-apa pun! *dengan nada sedih


Boss : Ya. Sebab tu la kamu dipecat, bongok.


                                            - O.o -


Nota lekat cap bapak gajah >

Jadilah pekerja yang cemerlang. Akal yang sihat itu datang dari hati yang suci.
Selami hati, selami jiwa dan selamilah lautan dalam. Harap maklum.



Kisah kedua :





Maggi telah meminta kebenaran untuk meminjam laptop kawannya, Mamee.
Mamee bersetuju untuk meminjamkannya dan memberikan password laptop tersebut.


Maggi : Wei Mamee, boleh tak aku pinjam laptop kau kejap? Aku ada kerja la nak buat.


Mamee : Emm, ambik lah. Ada kat atas meja tu hah.


Setelah itu, Maggi segera berganjak dari tempat duduknya lalu menuju ke arah meja tersebut.
 
Kemudian dia terus meng-on-kan laptop itu.


Maggi : Emm, aku dah on ni. Cepat gitau aku passwordnya.


Mamee : Tak boleh.


Maggi : Wei tadi kau dah deal ngan aku nak bagi password tu kan. Ni pesal pulak ?!


Mamee : Eh aku cakap tak boleh, tak boleh la !


Maggi : Menyesal aku kawan ngan kau. Janji tak pernah tepati. Puihh!


Mamee : Yang kau ni sentap lebih-lebih apsal? Dah aku cakap tak boleh, tak boleh la.
Tak paham bahasa ke tepung ni!


Maggi : Apsal pulak?


Mamee : 'Tak boleh' tu la passwordnya. Bangang!

                                                                              




Nota lekat cap bapak gajah >

Ok, itu memang terserlah kebangangannya.
Moralnya ialah jangan cepat sentap dan berburuk sangka.
Fahami setiap butir kata yang kita dengar. Harap maklum.
Fahami dirimu sendiri, fahami dia dan fahamilah Cik Orkid ini. Wkaka



Kisah ketiga :


Aku tak tahu apa motif gambar ni.



 
Seorang anak bertanya sesuatu kepada ayahnya yang sedang membaca niuspeper.


Anak : Ayah, syurga tu di bawah telapak kaki ibu kan?


Ayah : Emm, betul lah tu.


Anak : Kalau macam tu, neraka mesti duk bawah kaki ayah kan? Hehe. Meh jap nak tengok.
Macam mana la rupanya ya. Dahsyat kut.


Katanya selamba sambil membelek-belek telapak kaki ayahnya itu.


Anak : Pehh, merekah-rekah macam kena gempa bumi je.


Tiba - tiba ...


Ayah : Kurang asam gelugor betul budak nih! Baik kau blah sebelum 'neraka' ni singgah kat muka kau!



Nota lekat cap bapak gajah >

Pembaca disarankan agar tidak mencuba aksi ini di rumah.
Harap maklum dan mendapat kerjasama semua pihak termasuk saya.
Sayangi diri sendiri, sayangi ayah, sayangi ibu, sayangi kawan, sayangilah aku. Hoho.


K bai.
Mekaseh kau dah baca hoho. Taknak komen, kau like je. Kalau komen biar bertauliah bro.

16 comments:

  1. hahaha..entri sempoi ..
    AMARAN : kanak2ribena dilarang cuba di rumah..hehehe

    ReplyDelete
  2. kah3x, yang tiga tak boleh belah! ambooii, niuspeper...LOL!

    ReplyDelete
  3. hihihi .. ketawa tak bukak mulut,,

    ReplyDelete
  4. yg 3 tu pling ketara kesengalannya... haha XD

    ReplyDelete
  5. HAHAHAHAHA
    lawak lah yg ketiga tu..
    neraka bwah tapak kaki ayah..
    hahaha

    ReplyDelete
  6. HAHAHA..Baik kau blah sebelum 'neraka' ni singgah kat muka kau!

    xblh blahh..

    ReplyDelete
  7. Hahaha..oke yg kedua tu lawak..
    X terpikir pn smpai tahap tu..

    ReplyDelete
  8. azekzk

    ya, wa tau :p




    nana

    ya, jangan buat eh. haha

    ReplyDelete
  9. chacha

    oh memang ngek. bongok pun ye ugak. haha



    farz zull

    haha, tu perbendaharaan kata yang latest. hahaks

    ReplyDelete
  10. Lavendar girl

    ecece, muslimah sejati gitu.. muahaha



    miss xyz

    ye. haha. wa pun rasa camtu.

    ReplyDelete
  11. aqiim

    haha, sependapat ngan miss xyz ni. berpakat eh? muahaha



    amy

    nak ketawa ugaklah. haha :p

    ReplyDelete
  12. ezad


    skang dah terfikir kan? haha

    ReplyDelete
  13. @kacang :

    orait. ni yang aku nak dengar ni. miahaha

    ReplyDelete

Nak kritik, kutuk, bagi kaki, puji, silakan. Nak copy, aku tak relakan.

Muahaha bajet bagus haktuih.