Sempat lagi ke hah?



Yang ni post menginsafkan. Tsk tsk :/

10 Seruan Bumi Kepada Manusia :


Wahai manusia,


1. Engkau berlari-lari di atas belakangku, tempat kembalimu adalah di dalam perutku.


2. Engkau melakukan maksiat di atas belakangku, engkau akan diseksa di dalam perutku.


3. Engkau ketawa di atas belakangku, engkau akan menangis di dalam perutku.


4. Engkau mengumpulkan harta di atas belakangku, engkau akan menyesal di dalam perutku.


5. Engkau gembira di atas belakangku, engkau akan bersedih di dalam perutku.


6. Engkau memakan yang haram di atas belakangku, engkau akan dimakan ulat-ulat di dalam perutku.


7. Engkau sombong di atas belakangku, engkau akan menjadi hina di dalam perutku.


8. Engkau berjalan dalam keadaan sukacita di atas belakangku, engkau akan jatuh di dalam perutku dalam    keadaan dukacita.


9. Engkau berjalan ke dalam cahaya yang terang di atas belakangku, engkau akan jatuh ke tempat yang gelap di dalam perutku.


10. Engkau berjalan di khalayak ramai di atas belakangku, engkau akan menjadi sendirian di dalam perutku.



- Dari Anas bin Malik -




 Kita dah tua, banyak dosa, bila nak insaf?


*Ni aku terbaca dalam buku orientasi adik aku. Menda macam ni aku rasa memang kena share. Ye aku tau ni bukan idea aku. Tsk tsk. Tapi aku tetap nak share.



Pendapat aku :


Di atas semua yang kita lakukan di dunia ini, neraka jahanam ke yang kita akan dapat? Atau syurga abadi yang menjadi dambaan setiap insan? Persoalan yang akan terjawab suatu saat nanti.



INGAT, bersyukurlah kita dilahirkan sebagai seorang Islam. Sekurang-kurangnya kita boleh berusaha untuk menggapai syurga daripada orang yang dilahirkan kafir dan tidak akan sesekali mencium bau syurga. Kan?



 Buka Quran pun dua minggu sekali, bukak blog boleh pulak tiap-tiap hari.



Persoalannya, setakat mana usaha kita selama kita hidup ini? Adakah sudah banyak mengumpul pahala untuk menebus kesalahan dan dosa yang telah kita buat? Suci sangat ke kita ni? Suci ke?! Ok bawak bertendang.



Yakin sangat ke kita yang kita akan hidup esok? Yakin ke kita akan sempat bertaubat? Tup tup "Innalillahi wa inna ilaihi raajiunn". Mana kita tahu kan. Ingat Malaikat Maut ye. Kut kut ada kat tepi tu. Hehe.



Ok aku bukan nak membebel memanjang, tapi ni hakikat. Kau fikirlah sendiri. Allah dah bagi akal kat kita. Guna akal tu leklok. Jangan nak post entry yang ngarut-ngarut je. Muahaha *aku antaranya ke?



Semoga kita sentiasa mengingati Allah. Berbloglah asal kau happy dan bukan untuk mencari publisiti murahan atau berusaha untuk jadi pemes. Hahaks



K bai. Assalamualaikum w.b.t


Mekaseh kau dah baca hoho. Taknak komen, kau like je. Kalau komen biar bertauliah bro.

10 comments:

  1. amat menginsafkan...
    terima kasih share :)

    ReplyDelete
  2. entry ini memang menginsafkan :)
    thank you :)

    ReplyDelete
  3. "Buka Quran pun dua minggu sekali, bukak blog boleh pulak tiap-tiap hari."

    ok, sy terasa T_T


    btw, thanks for sharing ^^

    ReplyDelete
  4. Thanks share.. teruskan wat entry yang berilmu macam ni.. hehe

    ReplyDelete
  5. Anon yang ku tak kenali


    Orait babeh. Ok sesama.

    ReplyDelete
  6. Amirah


    Ye lah. Nak g usha blog dia plak. Haha

    ReplyDelete
  7. Aqiim


    Mesti ramai terasa. Huhuks
    Orait bro. Hehe :P

    ReplyDelete
  8. Lavenda



    Ok, btw blog dia memang ilmiah gak. Keep blogging kawan ~

    ReplyDelete
  9. oukeyhh, entri ilmiah...gud2, keep it up, saling berkongsi itu bagus, pahala dapat, dosa kurang la kan...;)

    ReplyDelete
  10. farz zull


    hehe, betul tu. sharing is caring kan~

    ReplyDelete

Nak kritik, kutuk, bagi kaki, puji, silakan. Nak copy, aku tak relakan.

Muahaha bajet bagus haktuih.