Bijak tapi bongok

Bijak tapi bongok. Kahkahkah


Kisah pertama: 




Suatu hari, Salmah ponteng sekolah. Dia menelefon guru kelasnya dan menyamar sebagai ibunya.

Salmah : Hello, adakah ini Cikgu Aminah binti Ali, guru kelas tahun 6 Hijau?

Cikgu : Ya, saya. Kenapa?

Salmah : Cikgu, hari ini Salmah tidak dapat hadir ke sekolah kerana sakit.

Cikgu : Ok.. Ok.. Err boleh saya tahu siapa yang sedang bercakap?

Salmah : Emak saya la...

                       .....................................................

Nota lekat cap bapak gajah :
Menipu tidak baik untuk kesihatan mental dan fizikal.
Ingin saya ingatkan ya, kalau nak menipu kena ada skill tersendiri.
Baru boleh berjaya. Ok? Asahkan bakat anda sentiasa. Selamat mencuba dan semoga berjaya. Kahkahkah.



Makcik ini tidak bersalah. Tsk tsk~

Kisah kedua :

Seorang pemandu yang berbosskan org putih dari Amerika sedang membawa bossnya. Tiba-tiba kereta dihadapannya berhenti mengejut menyebabkan dia telah menyodok kereta tersebut. Pemandu tersebut pun meminta maaf dari bossnya dengan berkata :

Pemandu: Sorry Sir, I brake brake, do not eat. After I check the wheel no flower again. (maaf Tuan, saya brek-brek, tak makan, selepas saya cek tayarnya tak ada bunganya lagi)

Orang putih tu pun mahu keluar dan ikut sama marahkan pemandu kereta dihadapan. Tapi pemandu tersebut menghalangnya. Kata pemandu tersebut :

Pemandu: Don’t enter mix, Sir! The bring that car if not wrong I, is the children fruit from manager moneys, he stupid doesn’t play! Let he taste.
(Jangan masuk campur, Tuan! Yang bawa kereta itu kalo tak salah saya, anak buah dari pengurus kewangan, dia memang bodoh bukan main. Biar dia rasa)

Besoknya si pemandu tak masuk kerja, lusanya, bila dia masuk kerja, si boss orang putihnya bertanya:

Boss : Why didn’t you come to work?

Pemandu : I am sorry boss, my body is not delicious, my body taste like enter the wind. (maaf boss, badan saya tidak sedap, badan saya rasanya macam masuk angin)
 ------------
Nota lekat cap bapak gajah >
Anda dinasihatkan supaya meningkatkan tahap communication anda dengan strangers.
Usaha itu lif kejayaan. Jangan menjadi tersangat bendul sehingga menampakkan kebongokkan anda. Ok ye? Miahaha
Sumber : Aku tak ingat. Dah lama simpan lam draft.
 

Mekaseh kau dah baca hoho. Taknak komen, kau like je. Kalau komen biar bertauliah bro.

Cara menghadapi putus cinta

Cara menghadapi putus cinta.

Apa kejadahnya entry ni?
Ah, lantak aku la. Blog aku.

Kalau tak nak putus cinta, takyah bercinta senang.
Sekadar pendapat aku.


1. Luahkan apa yang terbuku / ternovel/ tersuratkhabar/termajalah di hati.

Luahkan kepada seseorang yang kita percaya sahaja. 

Ingin saya nyatakan di sini bahawa jangan sesekali anda menggatal nak cerita kepada strangers seperti makcik yang jual goreng pisang kat tepi jalan. 

Yang terbaik, luahkan kat bestfriend korang atau mak bapak korang sendiri. Terserah. Tapi kalau terasa nak luahkan kat kucing pun orait.

Penting ni sebab kalau dah luah tu, kita akan berasa tenang dan beban tu rasa ringan sikit.  
Macam kentut la, kalau duk tahan mana rasa ketenangan dia kan? Dah lepas tu, pehh kan rasanya? 

Ingat ya! Jangan tertekan sebab tekanan boleh membawa kepada kematian. Ok, catit sekarang.


2. Redha. 

Alah, redha je lah. Lelaki/ perempuan bukan dia sorang. Kumbang bukan seekor, bunga bukan sekuntum. *asyik tu je. Puihh. 

Belambak lagi kat luar sana tu hah. Kat pasar malam pun belambak apa. Tak caye?


3. Buang semua kenangan dengan si dia. 

Gambar dia tu buang. Kalau ada lam henfon, delete. Sambil delete katakan "babai beruk ku yang tersayang" sambil tersenyum jahat. Terasa kan kepuasannya? Tak caye? Sila cuba.


Block dia dalam pesbuk / twitter dan seumpama dengannya.



4. Sibukkan diri. 

Pergi lah main game dalam pesbuk ke, blogwalking sampai pengsan ke, chat ngan kawan setadika dulu ke atau .... 

Yang terbaik ialah kira bulu ketiak berapa helai. Sibuk kan jadinya?




5. Buka lembaran baru dan lupakan kenangan lama. 

Dah, tak payah duk ingat kat dia lagi. Even sehandsome mana pun dia, bayangkan muka dia seperti beruk. Konfem, tak kan ingat dah lepas tu. Kan? Secantik mana pun dia tu, bayangkan muka dia seperti tikus mondok.

Tak payah nak sedih sangat, ada hikmah la tu. Mungkin kita akan dapat yang lebih hensem/ cantik lagi.

Bertuah apa? Tapi jangan bayangkan pulak, beruk pergi, gorila ke mari. Bayangkan yang happy happy saja ok?

Ya, aku tahu entry ni ntah pape. Tapi sebagaimana yang aku cakap tadi, ni blog aku, lantak aku la.


Mekaseh kau dah baca hoho. Taknak komen, kau like je. Kalau komen biar bertauliah bro.

Jenis-jenis blog & blogger yang ramai suka

Antara jenis blog dan blogger yang digemari ramai. Ni pendapat aku la eh.


1. Blog ringan cam plastik sampah.
- Kalau yang berat, ramai yang akan pangkah terus.


2. Owner blog yang peramah.
- Suka chat kat cbox tu dan guna ayat yang sedap didengar. Oh aku suka.


3. Ada tutorial dan tips pasal blog.
- Ni mempermudahkan aku untuk terus memperbaiki blog aku.
- Jadi aku akan terus usha blog dia.


4. Ada entry berfaedah seperti fakta menarik.
- Yang ni penting. Biar blog kita orang cakap ada kebaikannya.
- Baru orang tak boring.


5. Blog yang menarik pembaca dengan entry yang lawak.
- Ni pun penting. Best apa bagi orang ketawa.


6. Owner blog yang suka komen.
- Alah, ni yang sayang ni. Haha.




7. Ayat sempoi dan tidak terlalu serius.
- Ni aku suka. Biar orang baca blog kita dengan hati yang happy.
- Ni tak, serius je memanjang. Boleh buat orang boring.


8. Blog yang buat entry tentang isu semasa.
- Yang ni dah macam surat khabar. Ah i like it. Haha
- Kita dapat tahu terlebih dahulu dalam blog sebelum tersiar dalam tv. Ohsem apa.
- So, boleh je la masa orang duk tengah terkejut dengar sesuatu berita tu, kau cakap
"alah, kita dah tau dah" sambil mata ke atas bergerak-gerak kiri kanan, mulut terherot-herot sedikit.


9. Blog yang Islamic
- Ni aku suka. Tapi jarang aku jumpa. Ada la dalam 1, 2 blog je yang camtu.
- Baru bermotivasi sikit kita ni. Tak la 'rosak' duk baca entry yang ntah pape.


10. Blog yang mempunyai gaya penulisan yang ada maksud tersirat.
- Yang ni berpuitis dan tersirat sungguh maknanya.
- Masa aku baca macam duk terapung-apung kat awan.
- Contoh : "Langit tak selalu cerah namun matahari selalu memancar "
- Ok, ayat tu aku reka. Aku tak reti ah berpuitis-puitis ni. Miahaha







11. Ada entry pasal kehidupan dia yang menarik.
- Kalau cuma pasal kau pergi kedai runcit beli aiskrim ngan jajan naik basikal jepun, baik takyah citer lah ya.
- Buat menyemak je. Citerlah pasal kau eksiden ngan lori balak ke, tu baru menarik!


12. Font yang comel, ringkas dan senang dibaca.
- Gunalah font yang bagi senang orang baca. Ni tak, guna font yang bersimpul-simpul bagai.
- Takpun yang macam tulisan berangkai. Satu lagi, font besar sangat or kecik sangat.
- Font yang terbaik menurut aku macam Trebuchet, Verdana, Century Gothic. Alah comelnya.


13. Gaya penulisan yang standard.
- Ni tak, guna perkataan yang susah betul aku nak paham.
- Contoh "Aq chenta kamoo poreber. I lab u cayunk ! "
- Pastu, singkatan. Contoh " sy ske sgt ngan blog 2, sbb dye ade ciri2 yg sy nk. mmg ske sgtlah. "
- Jangan disebabkan blog kau, budak-budak jadi terikut.
   Fail terus kertas Bahasa Melayu dia.




14. Ah kau pikirlah sendiri. Aku dah letih ni :p


So, blog korang ada terlist ke tak dalam banyak-banyak nombor kat atas?


Mekaseh kau dah baca hoho. Taknak komen, kau like je. Kalau komen biar bertauliah bro.

11 benda pasal aku ?

Assalamualaikum u'olls :p

Alamak, aku kena tag. Ark. Tadi dah kena tag tuk join contest. Miss Fyqa yang cantik ni tag aku. Tapi aku tak join. Aku nak sebenarnya. Tapi.....
Ok, berbalik kepada tujuan utama entry ni. 

Blogger yang tag aku ni :



Jemputlah ke blog dia. Btw mekaseh tag Cik Orkid ni ye. Hehe :D


Ni syarat dia : 


You must post these rules.
Each person must post 11 things about themselves in their journal.
Answer the question that tagged set for you in their post.
Create 11 new question for other people. 
You must tag 11 people and link them in the post.
Tell them that you have tagged them.
No tagging back.
No stuff in the tagging session about.


 Ni 11 perkara pasal aku:


kabur-kabur siket, kepala terpotong.



1.  Nama penuh aku sila rujuk IC aku ye :p

2. Budak yang masih bersekolah dan mangsa SPM tahun depan.

3. Suka ambik gambar pemandangan dan tak suka ambil gambar sendiri.

4. Wei aku nak kamera sendiri. Tsk tsk.

5. Rasa macam "aaaaaa" bila nampak lelaki muda, pakai spec mata dan pakai kopiah. *menggatal jap. bila lagi :p


6. Tak suka duk dekat ngan kucing sebab pernah ada pengalaman buruk ngan vinatam itu. *mukaku dicakar masa umur 6 taun. kucing itu pergi begitu saja setelah meninggalkan parut dimuka ku. damn ! *skang dah hilang :p

7. Gilakan coklat. Kalau aku beli, aku akan kunci pintu, makan sensorang dalam bilik. *kedekut

8. Tak pandai bawak motor dan tengah tunggu 'someone' mai ajar aku. *bayangkan saat itu....

9. Befday aku 15 October 1995. Sediakan hadiah dan postkan untuk aku taun depan k.

10. Aku sayang dia. Eh sape?


11.  Sayang semua blogger. Muah left right nak?


Ok, tu semua tipu. Eh aku tipu. Tu semua betul. Hahaks



Skang aku nak jawab soalan killer daripada Naim ni :


Lelaki pendek tak sesuai buat pakwe? Setuju? HAHAHA
> Tak setuju kerna ku terima apa saja. Muahaha


Lelaki merokok tu cool ke?
> Apa kejadahnya cool. Merosakkan anak bangsa je. Aku tak suka. Puihh *bakal suami saya sila baca ya.


Pandai masak tak? Masak apa je?
>Adoii soklan maut. Haha pandai la sangat, pandai masak nasi goreng, goreng telur. Dan paling-paling hebat pun masak Maggi je. *bakal suami aku jangan baca yang ni.


Kalau Sabtu Ahad selalu bangun pagi pukul berapa?
> Ni soklan maut lagi. Haha aku bangun kul 8 - 10 pagi. Paling teruk 1.00 tgh. Ada sebab ye. Ehem ehem. *bakal suami aku ditegaskan jangan baca.


Sebulan berapa kali topup? Hehe
> Mak aku topupkan. So tanya dia. Hehe


Kalau suka kat someone, apa korang buat? Ngeee~
> Termenung duk ingat kat dia. Haha


Cita-cita masa depan?
> Paling-paling biasa, cikgu tadika. Hak5
> Paling ohsem, proffesor je. Lalala ~


Kalau kena marah, korang buat apa?
> Senyap je. Dalam hati bla bla bla ~


Kejayaan paling bermakna dalam hidup?
> Dapat membuat adik aku menangis. Ini amat bermakna sekali.
> Dapat result UPSR, PMRU,PMR yang pehh. *Ok bajet.


Kenangan paling sedih?
> Takleh pegi trip ngan kengkawan pasal ayah tak bagi. Y.Y *sedih ke tu


What do you think about me? I'm only an ordinary guy :)
> Ada masa depan yang cerah sebab nak jadi lawyer kan.
> Nampak baik hati, ceria dan peramah. Hehe


Sekarang 11 soalan aku kepada 11 mangsa yang kena tag kat bawah tu : 


1. Awak sape? Kenal ke saya?

2. Pernah buang air atas tilam? Hahaha bila tu?

3. Boleh ke tak minum air dari gelas yang orang dah guna?

4. Awak ni lelaki ke perempuan ke kunsa? xD

5. Suka kat sape sekarang ni?

6. Bila kau nak kahwin?

7. Anak bajet berapa orang?

8. Sekarang ni pakai baju warna apa?

9. Suka Akademi Fantasia ke Akademi Al-Quran?

10. Bila befday Cik Orkid? *kalau xtau, siaplah kau.

11. Blog yang kau paling suka?


Mangsanya ialah :














Akhirnya.. Gila aku dibuatnya. Haha dah ekau jawab lah iyo. Den letih gegiler dah ni.
K bai :p


Mekaseh kau dah baca hoho. Taknak komen, kau like je. Kalau komen biar bertauliah bro.

3 kisah sengal

Entry sengal.


Yang ni memang kisah-kisah sengal yang berlaku. Kau tak percaya? Baik kau baca.


Kisah pertama :


Boss : Budin, kamu dipecat sekarang !


Budin : Tapi boss, saya tak buat apa-apa pun! *dengan nada sedih


Boss : Ya. Sebab tu la kamu dipecat, bongok.


                                            - O.o -


Nota lekat cap bapak gajah >

Jadilah pekerja yang cemerlang. Akal yang sihat itu datang dari hati yang suci.
Selami hati, selami jiwa dan selamilah lautan dalam. Harap maklum.



Kisah kedua :





Maggi telah meminta kebenaran untuk meminjam laptop kawannya, Mamee.
Mamee bersetuju untuk meminjamkannya dan memberikan password laptop tersebut.


Maggi : Wei Mamee, boleh tak aku pinjam laptop kau kejap? Aku ada kerja la nak buat.


Mamee : Emm, ambik lah. Ada kat atas meja tu hah.


Setelah itu, Maggi segera berganjak dari tempat duduknya lalu menuju ke arah meja tersebut.
 
Kemudian dia terus meng-on-kan laptop itu.


Maggi : Emm, aku dah on ni. Cepat gitau aku passwordnya.


Mamee : Tak boleh.


Maggi : Wei tadi kau dah deal ngan aku nak bagi password tu kan. Ni pesal pulak ?!


Mamee : Eh aku cakap tak boleh, tak boleh la !


Maggi : Menyesal aku kawan ngan kau. Janji tak pernah tepati. Puihh!


Mamee : Yang kau ni sentap lebih-lebih apsal? Dah aku cakap tak boleh, tak boleh la.
Tak paham bahasa ke tepung ni!


Maggi : Apsal pulak?


Mamee : 'Tak boleh' tu la passwordnya. Bangang!

                                                                              




Nota lekat cap bapak gajah >

Ok, itu memang terserlah kebangangannya.
Moralnya ialah jangan cepat sentap dan berburuk sangka.
Fahami setiap butir kata yang kita dengar. Harap maklum.
Fahami dirimu sendiri, fahami dia dan fahamilah Cik Orkid ini. Wkaka



Kisah ketiga :


Aku tak tahu apa motif gambar ni.



 
Seorang anak bertanya sesuatu kepada ayahnya yang sedang membaca niuspeper.


Anak : Ayah, syurga tu di bawah telapak kaki ibu kan?


Ayah : Emm, betul lah tu.


Anak : Kalau macam tu, neraka mesti duk bawah kaki ayah kan? Hehe. Meh jap nak tengok.
Macam mana la rupanya ya. Dahsyat kut.


Katanya selamba sambil membelek-belek telapak kaki ayahnya itu.


Anak : Pehh, merekah-rekah macam kena gempa bumi je.


Tiba - tiba ...


Ayah : Kurang asam gelugor betul budak nih! Baik kau blah sebelum 'neraka' ni singgah kat muka kau!



Nota lekat cap bapak gajah >

Pembaca disarankan agar tidak mencuba aksi ini di rumah.
Harap maklum dan mendapat kerjasama semua pihak termasuk saya.
Sayangi diri sendiri, sayangi ayah, sayangi ibu, sayangi kawan, sayangilah aku. Hoho.


K bai.
Mekaseh kau dah baca hoho. Taknak komen, kau like je. Kalau komen biar bertauliah bro.

Alah senang je tu

- Bunyi duit syiling jatuh -


Ok, tu sebenarnya bunyi mesej aku. So kalau aku balas, tu lah bunyi duit seposen aku jahanam.
Nampak tak konsepnya? Nampak tak? Eh konsep apa pulak? Ah lantak ah.


Setelah mendengar tanda bahawa seseorang telah menghantar mesej kepadaku, tanpa melengahkan masa aku segera mencapai telefon bimbitku yang berada di dalam bilik.


Aku segera memeriksa messages > inbox dengan harapan itu mesej daripada 'dia'. Namun malang tidak berbau, ku sangka itu dari 'dia' tapi oh hampa sekali. Bukan! Hatiku berkata "Damn! Bukan dia."


Rupa-rupanya itu dari kawan aku yang satu lagi. Oh dia ni.


Dengan perasaan hampa, aku dengan malasnya membuka mesej yang dia hantar.



hurgh -.-'

Ni mesej dia :


A puzzle for someone smart :


3/4 of X   +   after N   +   1/2 of O   +   initial of APPLE   +   before S   +   opposite of 3

+   before D   +   1/2 of O   +   after S   +   opposite of 3   =   ? ? ? ?


Message me if you get the answer.

. . . . . . . . . . . . . . . . .  .  . . . . . . . . . .

Apa kejadahnya tu?


Jap, nak perli aku la tu. Aku tau la dah lama aku tak berfikir sejak sekolah cuti ni. Haha.
Nampak je susah kemain tapi bila aku fikir bebaik, alah senang giler nak jawab menda ni.


Setelah aku mendapat jawapannya, aku segera menekan butang reply dan terus menaip ikut suka.


Ni yang aku reply kat dia :


Yes, i'm smart! The answer is *** *** ****.

Wei jap, kau **** ke ? -.-'



Curious tak, nak tau jawapan dia? Kalau tak leh jawab, aku boleh cakap "Err, kau ni kena join adik aku masuk tadika balik kut"


Jawapan dia sungguh puihh. Bajet lu.



Psst : Adik aku pun boleh jawab menda ni. Malu kan kaum dewasa je kalau kau tak leh jawab.


Ok aku tau ni entry ntah pape. Tapi lebih baik daripada tak update langsung :p


 *1.00 tengahari 18 Dec 2011


Mekaseh kau dah baca hoho. Taknak komen, kau like je. Kalau komen biar bertauliah bro.

Sempat lagi ke hah?



Yang ni post menginsafkan. Tsk tsk :/

10 Seruan Bumi Kepada Manusia :


Wahai manusia,


1. Engkau berlari-lari di atas belakangku, tempat kembalimu adalah di dalam perutku.


2. Engkau melakukan maksiat di atas belakangku, engkau akan diseksa di dalam perutku.


3. Engkau ketawa di atas belakangku, engkau akan menangis di dalam perutku.


4. Engkau mengumpulkan harta di atas belakangku, engkau akan menyesal di dalam perutku.


5. Engkau gembira di atas belakangku, engkau akan bersedih di dalam perutku.


6. Engkau memakan yang haram di atas belakangku, engkau akan dimakan ulat-ulat di dalam perutku.


7. Engkau sombong di atas belakangku, engkau akan menjadi hina di dalam perutku.


8. Engkau berjalan dalam keadaan sukacita di atas belakangku, engkau akan jatuh di dalam perutku dalam    keadaan dukacita.


9. Engkau berjalan ke dalam cahaya yang terang di atas belakangku, engkau akan jatuh ke tempat yang gelap di dalam perutku.


10. Engkau berjalan di khalayak ramai di atas belakangku, engkau akan menjadi sendirian di dalam perutku.



- Dari Anas bin Malik -




 Kita dah tua, banyak dosa, bila nak insaf?


*Ni aku terbaca dalam buku orientasi adik aku. Menda macam ni aku rasa memang kena share. Ye aku tau ni bukan idea aku. Tsk tsk. Tapi aku tetap nak share.



Pendapat aku :


Di atas semua yang kita lakukan di dunia ini, neraka jahanam ke yang kita akan dapat? Atau syurga abadi yang menjadi dambaan setiap insan? Persoalan yang akan terjawab suatu saat nanti.



INGAT, bersyukurlah kita dilahirkan sebagai seorang Islam. Sekurang-kurangnya kita boleh berusaha untuk menggapai syurga daripada orang yang dilahirkan kafir dan tidak akan sesekali mencium bau syurga. Kan?



 Buka Quran pun dua minggu sekali, bukak blog boleh pulak tiap-tiap hari.



Persoalannya, setakat mana usaha kita selama kita hidup ini? Adakah sudah banyak mengumpul pahala untuk menebus kesalahan dan dosa yang telah kita buat? Suci sangat ke kita ni? Suci ke?! Ok bawak bertendang.



Yakin sangat ke kita yang kita akan hidup esok? Yakin ke kita akan sempat bertaubat? Tup tup "Innalillahi wa inna ilaihi raajiunn". Mana kita tahu kan. Ingat Malaikat Maut ye. Kut kut ada kat tepi tu. Hehe.



Ok aku bukan nak membebel memanjang, tapi ni hakikat. Kau fikirlah sendiri. Allah dah bagi akal kat kita. Guna akal tu leklok. Jangan nak post entry yang ngarut-ngarut je. Muahaha *aku antaranya ke?



Semoga kita sentiasa mengingati Allah. Berbloglah asal kau happy dan bukan untuk mencari publisiti murahan atau berusaha untuk jadi pemes. Hahaks



K bai. Assalamualaikum w.b.t


Mekaseh kau dah baca hoho. Taknak komen, kau like je. Kalau komen biar bertauliah bro.

Antara jenis blog yang aku malas nak follow #Tips ada gak


Assalamualaikum.


Sebelum tu, aku nak mengaku yang blog aku ni takde la hebat. Femes lagi la tak. Ni pendapat aku je pun. Kau terasa #Ada aku kesah? *Mak aih, sombong bunyik :P

             
1) Blogger yang mengamalkan prinsip: “Saya dah follow awak. Awak wajib dan kena follow saya jugak ok"


Eh eh ape la kau ni. Takde paksaan dalam blog, ok. 
Kalau kau suka, kau follow. Kalau aku suka, konpem aku follow. Ingat, tiada paksaan.


Even ‘lapar’ followers sangat, jangan pi cakap “Dah follow blog ni, mintak owner follow balik k”. At least cakap je“Dah follow blog ohsem ni, kalau sudi boleh follow saya jugak Hehe :D”


Tapi ayat yang aku selalu guna ialah “Eh terfollow pulak kat blog omey/ohsem ni. Haha :P”. Aku tak suruh pun diorang follow balik. Tapi selalunya memang diorang akan follow wa balik. Hehe. Friendly tak? *jangan tiru :P


Tapi sebagai menghargai orang yang dah follow blog aku, aku akan follow balik!
Nampak tak ke-lapar-an akan followers tu?



2) Blog yang terlampau berat.


Yang ni memang aku tak tahan. Asal je aku bukak blog dia, lama gila aku kena tunggu untuk dia load satu page and satu-satu entry tu. Aku tak cakap banyak, terus pangkah.


Mana tak nya, gadjet banyak sangat. #Lantak kau ah nak letak pape pun.


Satu lagi, jam tu tak payah la kau masukkan dalam blog kau, sebab kat lappy and computer readers kau dah ada la. Beratkan blog je.


Then kartun-kartun comel dan gebu tu. Memang cantik, tapi paham-paham sdiri la eh.


Daun-daun yang berguguran indah jatuh. Peh ayu sungguh blog kau. Tapi lembab cam siput sedut. Aku nak view entry kau pun bukan kemain lamanya. Hehe gurau je :P




Kau tengok, budak ni pom bosan.



3) Blog bising dengan lagu yang tak best langsung.


Lagu tu bagi aku, bosan owh. Kalau lagu best takpe ah. 


Tapi memanglah kalau kau masukkan lagu tu, kau rasa lagu tu best. Tapi orang lain mana kita tau kan. 


So, sebaik-baiknya tak payah la eh. Tapi kalau desperate sangat nak letak lagu, letak lah yang boleh pause ok. #Bukan nak memandai :P


Hah mana tau masa dia bukak blog kita tu, tab kat tepi dah buka blog-blog lain yang dah ada lagu. Kan bising nak mampus tu. Konfem dia terus pangkah blog kau.



4) Blog yang takde faedah.


Contohnya semua entry dalam blog dia tu, duk tulis pasal kehidupan seharian dia yang seyesli aku rasa boring! 


“Hari ni, aku pegi sekolah ngan mak aku. Kemarin ngan bapak aku. Esok mungkin ngan bibik aku pulak”. “Aku benci kau!” *Ntah pape.


Sekurang-kurangnya pastikan ada entry yang bermanfaat. Macam petua, tips ke, cerita yang berpengajaran ke. Ataupun lawak-lawak bodoh yang boleh menarik perhatian pembaca or fakta - fakta menarik ke.


Ok, aku tau tu sume link blog aku. Dah tu?!


Entry paling banyak pageview stakat ni ialah entry ni ! Aku xtau kenapa. Haha.


Masa pegi blog mana-mana pun and nak follow, tengok semua entry dia. Pastikan ada yang bermanfaat.


Beruk ni pun takde rasa ghairah nak kacau blog kau. Eh apsal slalu lam entry aku ada gambar berokk? Kat sini pun ada.



5) Blog yang lama gila tak update.


Kalau seminggu dua minggu tak update, boleh dimaafkanlah.


Ni yang sebulan dua bulan duk gantung blog tak bertali. Ape kes? Tapi tengok la plak kut kut owner blog tu tengah focus kepada exam ke apa ke.


So kalau berhajat nak tinggal blog lelama, inform kat readers and bloggers yang lain. Wat status kat tepi ke or wat satu entry khas tentang perpisahan sementara antara kau dan blog kau.


*Ops aku pun tergolong. Huh nak buat camne, berukband problem. Lembab gila slow. Kekadang tak bayar. Haha. Tapi berusaha gak nak update. Pegi cyber café ah bro. Har har :P*

***********************************************************************************************************************


Ok tu je. Aku tau korang dah boring kan dengan entry ni? Ok boleh blah :P
Den gurau je yop.


Apa? Kau betul-betul boring? Pilih, nak batang penyapu ke penyedut hampagas?


Sesungguhnya aku baru dalam berblog. Ini cuma pendapat aku dalam dunia blog. Jangan ada yang benci. Kalau ada, lantak kau ah. Ada aku kesah? Haha.


Semoga bermanfaat tuk semua. Bai bai ~


*Pukul 10.00 pagi pada 14.12.11


Mekaseh kau dah baca hoho. Taknak komen, kau like je. Kalau komen biar bertauliah bro.

Definisi CINTA yang GILA


    Gila, post ni terdelete tadi. Puih puih !! Terpaksa post balik. Puih lagi !


    Ni memang dah betul kalau bagi yang dah kawen *erk mana aku tau ni*


    Tapi kalau yang belum kawen, konpem haram !


    Tak payah cakap banyak. Baca je.


    Definition of  C I N T A .

    --------------------------------------------
    C – Ciuman adalah permulaannya.

     I – Insan ialah pelakunya.

    N – Nafsu adalah pendorongnya.

    T – Tempat tidur adalah sarangnya.

    A – Anak ialah hasilnya.

   -------------------------------------------

    Ish ish ish. Patut ke ni? Patut ke? Aku ulang sekali lagi, patut ke?!
 
    Apsal korang tak jawab? *bagi yang belom kawen la tak patutnya. LOL*



    Pssst : Ni mesej yang kawan aku hantar, tapi kenape aku yang kau tuju? 


    Aku ada buat ke bro? Ada ke, hah? Haha memang tak ah.


 

Sorry, tak berapa nak jelas. *Eh ada aku kesah?


    Gejala sosial banyak skang ni. Menda ni jadi kalau cinta tu salah.

    Tu je. Pepandailah jaga diri masing-masing.

    Kalau gatal nak couple, jangan lebih-lebih. Ingat dosa pahala.

    Lagi senang, kahwin terus!  #Cakap memang senang.



    Jangan mencintai orang yang salah

    Jangan mencintai dengan cara yang salah

    Jangan mencintai kalau rasa serba salah.

    Jangan memaksa orang mencintai kita kerana itu memang salah.


    K bai.

Ditaip pada 3.35 petang 11.12.11


Mekaseh kau dah baca hoho. Taknak komen, kau like je. Kalau komen biar bertauliah bro.

9 fakta tentang perempuan. Betul ni!

 
Assalamualaikum.
Jom korek antara fakta pasal fomfuan neh. #EhBetullah!

1 - Jika ada lelaki yang merenung tajam matanya,dia akan mudah cair.
Pehh memang ah ! Haha. Bahaya betul  #LOL

2 - Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa melalui muzik atau lukisan.
Jangan duk pelik la klu pompuan nyanyi rock @ lagu sedih dengan tetiba. Tak pun lukis kartun duk pegang pisau dengan renungan mata yang tajam klu tyme tu dorang sedih. 
3 - Sebuah senyuman memberi 1000 erti kepada wanita.
Hati-hati klu senyum kat pompuan. Nanti disalah tafsir kang. Hoho.
 
4 - Senjata wanita adalah airmata.
Ehem ehem. Yang ni wat laki xleh blah neh. Hah. Tapi klu laki yang menangis, pehh buruk betul. Haha x macho langsung.
Tapi kalau seseorang lelaki menangis kerna seorang wanita, tu tanda dia benar-benar sayang kat pompuan tersebut. Pehh memang ah. #Untunglah kau

Alahai manja lah u ni. Haha tak kuasa aku :P

5 - Satu ucapan ‘hai’ saja sudah cukup membuat hatinya gembira.
Eh eh betul ke bang? Haha "hai awak" --> "OMG OMG ! xD" over ah lu. Huahua
 
6 - Semua wanita menginginkan laki yang mencintainya sepenuh hati
Memang yang ni tak leh dinafikan dah. Ah malu lah. Pffft (-_-')


7 - Wanita mudah jatuh hati terhadap lelaki yang sentiasa mengambil berat terhadapnya.
Hah? Biar betik! Betul eh? So be a caring person ok. Muahaha

8-Jangan sekali meneka apa yang dirasainya.
Janganlah masa pompuan duk nangis meraung-raung lu p cakap "Awak nape ni? Kucing mati ke" "Result tak pass eh?"

9 - Jika kamu menyintai seorang wanita,mulailah dengan persahabatan.
Jangan duk kalut sangat cakap "Jom kawin!" Lek luhh mulakan dengan perlahan. Kenal hati budi dia dulu. Klu tak, meyesal tak sudah der. *Bajet berpengalaman -.-'*
Psstt : Wa just hurai je. Pehh lama gila x hapdet belog. K bai :D


Mekaseh kau dah baca hoho. Taknak komen, kau like je. Kalau komen biar bertauliah bro.