Jawapan terbaik gila kalau kena ngorat



Assalamualaikum.

Pergh gila rindu. Aku sekarang dah bebas hakhak. - Ex SPM bercakap :P

Okay now korang semua, aku nak kongsi menda ni. Di edit daripada pesbud.

Kat dunia ni mesti wujud mamat or minah gatal yang sememangnya nak suruh aku tolong garukan pakai garfu, pisau lipat, kapak and lelain. Ni contoh jawapan terbaik punya okay :P


* * *

Soalan 1 : Hai,apa khabar?


Jawapan 1 : Sihat jew. Hehe awak pulak cane?

Jawapan 2 : Aku ada kanser pangkal rahim. Boleh kau bayarkan kos rawatan tu tak?

Jawapan 3 : Khabar pun tak tau? Kau kena bukak Kamus Dewan Edisi ke-5 ni.

Jawapan 4 : Alhamdulillah. Allah masih lagi memberikan kesihatan fizikal dan rohani saya untuk menentukan mana yang baik dan mana yang buruk. Saya masih lagi mengenal lelaki yang baik dan lelaki yang buruk. Dan saya dapat hidu teknik awak yang lemah untuk mengorat saya ni.







Soalan 2 : Awak,saya nak gambar awak boleh?


Jawapan 1: Hehehe... Nak gambar tu buat apa?

Jawapan 2: Tak boleh. Nanti kau edit gambar aku jadi gambar bogel.

Jawapan 3: Kau nak buatkan pasport untuk aku ya?

Jawapan 4: Astaghfirullah. Lelaki tidak boleh ada gambar perempuan untok simpanan peribadinya selagi ia bukan hak milik sah melalui nikah. Kalau nak sangat gambar saya, datang ke rumah,jumpa dengan mak ayah saya,pinanglah saya. Nanti mereka akan bagi gambar.


* * *


Amacam? Dah pilih jawapan yang terbaik? Haha ingin aku ingatkan ye, jangan mudah menyerah kepada lelaki. Perempuan tu MAHAL ~


Peace yo (Y)



Mekaseh kau dah baca hoho. Taknak komen, kau like je. Kalau komen biar bertauliah bro.

Beza blogger pemes ngan tak pemes

Assalamualaikum wbt.


Sebelum tu aku nak cakap, ni blog aku, lantak aku la apa aku nak bebel. 


Pendapat aku sebagai blogger yang tak pemes. Tsk tsk.


1. Kalau blogger femes , even entry dia ciput je, beratus - ratus komen. 

  • " Assalamualaikum semua. Fuhh letih gila main kejar - kejar ngan bapak ayam tadi. Skang nak pegi mandi pulak. Ni ada i letak gambar i kejar-kejar tadi.
    Sori eh dalam gmbar tu bontot bergerak-gerak cikit. Eee malu tau.
    Nanti i bw kat blog korang k. Bai muahh muahh"

  • Pastu orang komen 
        - "A'ah, pegi la mandi, bucukk betullah awak ni. Hikhik" 
        - "Alah kite pun ada main kejar- kejar tadi, tapi ngan angsa jiran sebelah. Hehe"
        - "Eee comelnya dia. Macam nak buat kerabu pucuk paku pakis masak ikan patin pulak"
        - "Kite pun sayang dia! Muahh jugak lah"

  • Tapi kalau tak pemes, alahai panjang pendek ke sama je.


2. Kalau blogger pemes, if dia ada buat blog review pasal satu-satu blog ni, pehh blog yang direview tu akan cepat giler naik traffic & follower. Padahal blog tu takde pape pom.


  • Mana taknya, diorang rasa pilihan yang dibuat oleh blogger yang pemes tu adalah terbaikk. Senang aku cakap, blogger pemes = orang duk turut je. Sori to say. Uhuk uhuk.

  • Tapi kalau tak pemes, orang akan rasa "Err kau nak buat review pasal blog laen? Aku rasa blog kau pun orang tak baca, sahkan blog tu. Baik xyah r"




Sedihnya. Aku tak pemes. Pipi je besar nak mampuihh.






3. Kalau blogger pemes, orang akan selalu cakap pasal dia.


  • "Eh kalaulah aku boleh jadi pemes cam si *tutttt* tu, aku hengat nak buat kenduri doa selamat lah. Hikhok" 

  • " Wei, kau tengok tu, bukan ke yang duk makan eskrem 5 warna tepi tadika tu sesambil kayuh basikal beroda 3 tu, blogger yang pemes tu! Eksaitednya rasa nak jumpa!"


  • Kalau tak pemes , orang duk cakap jugak, tapi yang tak baik je lah.
    " Eh kau tengok dia ni, 10 tahun dah blogging tapi followers 10 je. Ni mesti setahun naik 1 follower je ni. Kesian dia kan. Hahaha *setan laugh*"




4. Kalau blogger pemes, traffic / follower dia akan tetap naik even dia tak pegi bw.


  • Kau tau kenapa? Pasal blog dia dah terpampang dalam bloglist blogger lain.
    Tapi ada je pun yang lam bloglist tu blogger tak pemes, just promote yang kawan punya.
  • Ahh pape je lah.


  • Tapi kalau blogger tak pemes, duk harapkan bw ngan wat entry menarik je baru lah orang datang bertempek kat situ.


5. Ahh ko pikir ar sdirik. 


kalau kau tak setuju suke ati ko lah. 




Mekaseh kau dah baca hoho. Taknak komen, kau like je. Kalau komen biar bertauliah bro.

Aku mati jap




Aku adalah mangsa rakus SPM 2012.
Kau baca bebaik, mangsa rakusss tu.


SPM menentukan aku blaja kat ne, keje pe, dan pape je lah.


Aku kena stop blogging for a while, cukup masa nanti aku akan datang balik bagi susu kat blog ni untuk tumbesaran dia, maksud aku untuk terus update entry-entry yang pehh. *Perasan lebihh




Aku tau xde sape yang baca entry ni sebab aku tak banyak blogwalking.




Untuk itu, assalamualaikum.




Ingat, aku akan datang balik. Ini kematian sementara je. Miahaha








Ok, ko layan ayat kat bawah ni. Bubai ~


I'll miss sume bloggers, dan blog ni.

A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z . 
Orang yang mencipta "A ke Z " ni memang hebat , tapi die tersilap sebab dia dah jauhkan I dari U, sebab tu I selalu rindukan U.
 
Rasa auww tak bila baca ayat tu? Kah kah 

Mekaseh kau dah baca hoho. Taknak komen, kau like je. Kalau komen biar bertauliah bro.